Ramai yang menimbulkan persoalan dari mereka yang baru mengetahui tentang Pop-Up.
Apa itu Pop-Up...?
Disini saya berikan sedikit penjelasan secara ringkas mengenai apa itu Pop-Up, Origami, Kirigami dan Origamic Architecture.
Keempat-empat yg di sebut diatas mempunyai satu persamaan iaitu kesemuanya menggunakan elimen 'kertas' tetapi mempunyai perbezaan cara atau kaedah pembentukan sesuatu objek dari elimen tersebut.
POP-UP
Pop-Up adalah perkataan universal. Apa sahaja buku-buku / kad-kad yang timbul atau muncul dalam bentuk 3D atau bergerak apabila dibuka ia di panggil buku / kad Pop-Up. Reka bentuk dan penciptaan buku-buku atau kad-kad Pop-Up adalah sebahagian dari seni dan juga sebahagian dari kejuruteraan kertas ('paper engineering').
Ernest Nister dan Meggendorfer Lothar boleh dikatakan orang yang pertama mencipta buku Pop-Up. Buku-buku Pop-Up mereka sangat diminati di German dan Britain pada abad ke 19.
Tetapi tidaklah pada abad tersebut nama 'Pop-Up' itu muncul.
Harold Lentz adalah penerbit yang pertama menggunakan perkataan 'Pop-Up' untuk menunjukkan ilustrasi buku beliau yang bertajuk Blue Ribbon di terbitkan di New York pada tahun 1930.
Dari negara eropah ia bermula dan diminati kemudian ia berkembang keseluruh dunia atas permintaan yang sangat menggalakkan sehinggalah kini.
Disebabkan itu tidak hairanlah jika kita ke kedai-kedai buku yang menjual buku-buku Pop-Up kita akan dapat lihat semuanya buku-buku tersebut diterbitkan dari negara eropah.
Kini bukan sahaja buku atau kad malah kad nama ('business cards') dan buku menu di restoran dan banyak lagi bahan yang boleh dijadikan Pop-Up.
ORIGAMI
Origami tiada kena mengena dengan kaedah Pop-Up. Cuma sedikit penerangan supaya tidak terkeliru dengan cara atau kaedah pembuatannya.
Apa itu Origami..?
Origami ialah kaedah lipatan kertas hingga terbentuk sesuatu objek tanpa potongan dan tampalan menggunakan gam atau apa-apa kaedah tampalan lain.
Origami adalah perkataan dari negara Jepun yang bermaksud 'Lipatan Kertas'.
(Ori : Melipat, Gami/Kami : Kertas)
Bahan yang digunakan untuk membuat
kaedah origami : Kertas.
Kertas yang biasa di gunakan untuk membuat kaedah Origami adalah kertas yang berwarna dan ketebalan dari 60gsm - 80gsm.
Origami sangat terkenal di negara Jepun sejak era Edo lagi (1603-1867) sehinggalah kini dan hampir seluruh dunia menggemari cara atau pembuatan sesuatu objek dengan kaedah Origami.
Di Taiwan ada komik yang sangat terkenal berkenaan dengan Origami dan kini ia telah pun menjadi siri animasi untuk kanak-kanak yang bertajuk "Origami Warrior".
ORIGAMIC ARCHITECTURE
Sebelum kita mengenali tentang Origamic Architecture mari kita mengenali sedikit sebanyak dahulu tentang Kirigami.
KIRIGAMI
Apa itu Kirigami..?
Kirigami adalah kaedah potongan dari sehelai kertas kemudian dilipat dan dibentuk menjadi sesuatu objek tanpa menggunakan gam atau apa-apa kaedah tampalan lain.
Perkataan Kirigami berasal dari negara Jepun yang bermaksud 'Potongan Kertas'.
(Kirie/Kiru : Memotong, Gami/Kami : Kertas)
Bahan yang digunakan untuk membuat
kaedah origami : Kertas, Gunting, Pisau.
Kertas yang biasa digunakan untuk membuat kirigami ialah kertas yang mempunyai ketebalan dari 175gsm - 230gsm dan kebiasaannya bewarna putih.
Bukaan sesuatu objek menggunakan kaedah Kirigami ialah 90 darjah.
Apa itu Origamic Architecture..?
Origamic Architecture adalah variasi baru kaedah pembuatan Pop-Up.
Origamic Architecture diasaskan oleh seorang warga Jepun yang bernama Masahiro Chatani. Masahiro Chatani dilahirkan di Hiroshima, Jepun pada tahun 1934. Beliau membesar di Tokyo dan seorang graduan di Tokyo Institute of Technology pada tahun 1956. Dan di tempat itu juga beliau bekerja sebagai Profesor pada tahun 1980.
Pada sekitar tahun 80an itu juga beliau mencipta atau mengasas 'Origamic Architecture'.
Pada tahun tersebut, Profesor Masahiro Chatani telah membuat beberapa kajian dengan membuat kad yang unik dengan kaedah potong dan lipat. Kemudian beliau membuat kajian pula dengan biasan cahaya dan bayang-bayang kepada kad tersebut menjadikan ia bertambah unik.
Kebanyakan kad ciptaan beliau bewarna putih kerana untuk mendapatkan kesan biasan dari cahaya dan bayang-bayang.
Beliau mencipta sesuatu kad yang unik supaya tradisi memberi dan menerima kad untuk apa-apa perayaan atau jemputan tidak pupus dek kerana zaman pemodenan.
Pada mulanya Profesor Masahiro Chatani membuat dan memberi kad buatannya kepada kawan dan keluarga beliau. Selepas 13 tahun Beliau telah menerbitkan 15 buah buku tentang Origamic Architecture. Tetapi kebanyakan buku beliau banyak kearah untuk kanak-kanak mempelajarinya. Beliau percaya Origamic Architecture adalah cara terbaik untuk mengajar dan menghargai apa itu 'reka bentuk seni bina' (architectural design) dan dalam masa yang sama memberi inspirasi dan memupuk minat untuk mempelajari matematik, seni dan seni bina kepada kanak-kanak.
Profesor Masahiro Chatani meninggal dunia pada 19 November, 2008 pada umur 74 tahun. Beliau menghadapi kompilasi kanser tekak.
Selain daripada beliau, ada juga anak muda yang telah menunjukkan minat dan kreativitinya untuk memperluaskan bidang tersebut. Beliau ialah Keiko Nakazawa dan Takaaki Kihara.
Sewaktu beliau masih hidup dan telah pun bersara, bersama merekalah Profesor Masahiro Chatani telah menerbitkan beberapa buah buku dan pernah terbang ke beberapa buah negara untuk mempamerkan dan bercakap tentang Origamic Architecture.
...................... .... .......................

Hebat. Fakta yang jelas.
ReplyDelete